Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Feb 26, 2011

26 Feb 2011 - Bilangan Terkini Musim Kelahiran 'Awal 2011' Berjumlah 12 Ekor

Assalamualaikum wm wbkh!
Pada 24hb Feb lepas kami di AsSakinah Agro Farm mendapat seekor lagi cahaya mata seberat 2.5kg. Ia agak kecil berbanding yang lahir sebelum ini, tetapi Alhamdulillah keadaannya sihat dan boleh berdiri dalam tempoh 1 jam selepas dilahirkan, dan nampaknya boleh menghisap susu induknya dengan sendiri.

Pagi tadi pula kami menerima kehadiran 3 ekor lagi cahaya mata baru. Salah seekor seberat 3.5kg, manakala 2 ekor lagi masing-masing seberat 3.0kg dan 2.5kg setiap seekor. Alhamdulillah kesemuanya dalam keadaan sihat wa'afiat.

Kedua-dua anak yang lahir dengan berat 2.5kg adalah dari induk Boer muda (pertama kali melahirkan anak) yang berasal dari Australia dan tiba ke ladang kami pada Disember 2009, iaitu lebih setahun lalu. Adakah induk Boer import ini masih belum pulih sepenuhnya dari 'stress' sehingga anak yang dilahirkan mempunyai berat badan yang kurang berbanding dengan anak-anak dari induk yang telah berada lebih lama di ladang kami dan telah pun 'climatised'? Untuk makluman, induk-induk yang lain telah berada di ladang kami melebihi 3 tahun.

Saya juga menyimpulkan bahawa  dengan diet pemakanan yang sempurna, induk koplo yang sudah 'climatised' mampu menghasilkan anak yang bersaiz besar iaitu dengan berat mencapai 3.8kg, apabila dikahwinkan dengan pejantan Boer Fullblood.  Jadi tidak perlu membazirkan wang membeli induk Boer yang harganya jauh lebih tinggi. Untuk makluman, kambing koplo adalah hasil kacukan jamnapari dan kampung, berasal dari Indonesia.

Berdasarkan pengalaman saya selama 4 tahun memelihara kambing yang berasal dari negara luar, saya dapati proses penyesuaian ('climatisation') kambing import dengan persekitaran dan cuaca tempatan memerlukan masa yang sangat lama, sehingga memakan masa beberapa tahun. Bagi penternak yang ingin menambah populasi kandang, atau baru nak memulakan projek penternakan kambing, adalah lebih baik mendapatkan kambing kelahiran tempatan atau sekurang-kurangnya kambing import yang telah lama berada di negara ini.





No comments: